Hasani Kursus Kahwin

 

Hubungi : 04 - 423 8811

Tentang Kami

HASANI MANAGEMENT & CONSULTANCY SDN BHD ( HMC ) telah ditubuhkan pada tahun 1990an.

Hasani Management Consultancy adalah penganjur Kursus Kahwin yang terkenal di bahagian Utara Malaysia Barat iaitu di Negeri Kedah Darul Aman, Pulau Pinang dan Perak Darul Ridzuan.

Para Panel Penceramah bagi Kursus Perkahwinan adalah terdiri dari pakar-pakar kaunseling & motivasi dari Jabatan Agama Negeri masing-masing yang telah ditauliahkan oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

HASANI MANAGEMENT & CONSULTANCY menggunakan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam

( MBKPI Versi 2002 ) yang lebih kemas dan memenuhi keperluan masyarakat Islam di alaf baru yang lebih mencabar. Modul baru ini menggantikan MBKPI 1996 di mana versi baru ini memberi penekanan kepada aspek ilmu dan amal supaya dapat melahirkan satu generasi umat Islam yang beriman dan berakhlak mulia.

Versi baru ini lengkap dan komprehensif di mana ia mengandungi kupasan yang terperinci bukan sahaja di dalam aspek hukum hakam bahkan juga turut menyentuh aspek-aspek komunikasi, pengurusan, undang-undang, kesihatan, psikologi dan sosiologi. Dengan cara ini MBKPI bukan sahaja sekadar menyediakan pengetahuan asas kekeluargaan untuk mereka yang akan berkahwin bahkan dapat menangani pelbagai permasalahan kekeluargaan dan sosial yang melanda Umat Islam pada masa kini.