Hasani Kursus Kahwin

 

Hubungi : 04 - 423 8811

Etika dan Peraturan Ketika Kursus

  • Peserta perlu mengisi Borang Pendaftaran & membawa satu salinan kad pengenalan sewaktu mendaftar
  • Peserta dikehendaki mendatangani Borang kehadiran bagi setiap sesi (setiap 3 sesi)
  • Peserta dikehendaki menyerahkan kupon mengikut sesi semasa melaporkan diri
  • Peserta WAJIB menghadiri semua sesi kursus SELAMA 2 HARI dan mematuhi jadual waktu yang telah ditetapkan
  • Peserta yang terlewat lebih 15 minit hendaklah mengulangi tajuk berkenaan pada minggu lain. Sekiranya gagal hadir sijil tidak akan dikeluarkan
  • Semua Peserta hendaklah berpakaian formal iaitu berbaju kemeja dan berseluar slack bagi lelaki dan berbaju kurung serta bertudung bagi peserta wanita sepanjang kursus berlangsung
  • Peserta lelaki yang berambut panjang dilarang menghadiri kursus kecuali diikat dengan kemas
  • Peserta dilarang merokok semasa kursus dijalankan.
  • Peserta tidak dibenarkan keluar sewaktu kursus sedang berlangsung dan hendaklah mengikuti semua sesi kuliah
  • Peserta dilarang melakukan PERKARA SUMBANG seperti berpasang-pasangan sepanjang kursus dan persekitaran tempat kursus.
  • Peserta dilarang membawa makanan dan membuang sampah di dalam dewan atau di sekitar kawasan tempat kursus
  • Jika peserta menghadapi sebarang masalah sewaktu kursus berlangsung, sila beritahu segera kepada urusetia.